'Saya janji 20 ekor lembu jika menang majoriti' - Mohd Amar

Mohd Amar (dua dari kanan) ketika ceramah umum di Tumpat pada Ahad.
Mohd Amar (dua dari kanan) ketika ceramah umum di Tumpat pada Ahad.
A
A
A

TUMPAT - Pas menawarkan 20 ekor lembu jika Parlimen Tumpat dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas meletakkan calon wanita bagi mengekalkan kemenangan PN di Tumpat.

Menurut beliau, Pas dan PN percaya calon wanita boleh meningkatkan jumlah undian.

"Kita yakin calon wanita boleh mengekalkan kemenangan di Tumpat. Saya janji 20 ekor lembu jika menang majoriti," katanya ketika ceramah umum di Tumpat pada Ahad.

Pas mempertaruhkan Ahli Dewan Undangan Demit, Datuk Mumtaz Mat Nawi sebagai calon Parlimen Tumpat.

Selain itu katanya, perkara penting di Tumpat ialah perlu ada pelabuhan kerana dapat mempercepatkan pembangunan khususnya di Kelantan.

"Antara caranya ialah menghidupkan semula pelabuhan yang suatu ketika dahulu (pemerintahan Jepun dan Inggeris) pernah ada kemudahan itu," katanya.

Selain itu katanya, Pas turut memperjuangkan Islam sebagai asas pelaburan yang meletakkan pelan perancangan 35 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Kita ada pelan Wawasan Induk Negara Sejahtera yang ada perancangan jangka panjang untuk memulihkan negara," katanya.

Mohd Amar yakin, kesemua perkara itu boleh menjadi realiti jika bersama PN dan orang muda menang dalam PRU15.