PRU15: Isu kuota wanita tak halang gerak kerja jentera BN

Ismail Mohamed Said
Ismail Mohamed Said
A
A
A

KUALA KRAU - Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said menegaskan isu kuota wanita yang tidak mencapai 30 peratus di peringkat Pusat tidak menjadi penghalang jentera wanita bahagian itu untuk bekerja keras membantu BN mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Tentang kuota wanita tidak capai 30 peratus di peringkat Pusat, ia tidak menjadi penghalang untuk kita bekerja," katanya yang juga calon Parlimen Kuala Krau.

Sebelum ini, Wanita UMNO melalui Ketua Penerangan Wanita, Datuk Norshida Ibrahim menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai kuota 30 peratus calon wanita dikatakan gagal menterjemah janji pucuk pimpinan BN menetapkan kuota 30 peratus calon wanita pada pilihan raya kali ini.

Ditanya mengenai isu calon Perdana Menteri, beliau yang juga penyandang Parlimen itu selama empat penggal berkata, UMNO telah memutuskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri untuk PRU15.

"Kalau kita tengok beberapa kali kita ulang-ulang, tonton dan lihat berapa kali ucapan Datuk Seri Ismail Sabri, dia kata hubungan dengan presiden amat baik.

"Tidak ada masalah dan orang yang ketiga atau pihak ketiga yang cuba ambil kesempatan, jadi kita rasa masalah dengan presiden dan Perdana Menteri tiada masalah.

"Selain itu, parti telah buat keputusan melalui Perhimpunan Agong UMNO dan mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO dan terbaru apabila semua bahagian iaitu 158 bahagian telah membuat usul bahawa calon Perdana Menteri PRU15 adalah Ismail Sabri," katanya.

Artikel Berkaitan: