Motosikal curi, nombor pendaftaran pula milik ketua pengarah

Dua lelaki ditahan menerusi Op Motosikal Pelbagai Kesalahan kerana menunggang motosikal curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu. - Foto JSPT KL
Dua lelaki ditahan menerusi Op Motosikal Pelbagai Kesalahan kerana menunggang motosikal curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu. - Foto JSPT KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan dua lelaki menunggang motosikal curi menggunakan nombor pendaftaran palsu gagal mengaburi pihak berkuasa apabila ditahan di sekatan jalan raya di Jalan Titiwangsa Off Jalan Pahang di sini pada Ahad.

Lebih malang apabila nombor pendaftaran palsu digunakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa itu merupakan milik seorang ketua pengarah salah satu badan penguat kuasa.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam satu hantaran Facebook memaklumkan, kedua-dua suspek terbabit ditahan dalam Op Motosikal Pelbagai Kesalahan sekitar jam 11.30 pagi.

"Telah tahan dua lelaki tempatan yang menunggang dan membonceng motosikal jenis Honda C-100 berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan.

"Motosikal tersebut juga masih dilaporkan hilang bersangkut repot di Balai Polis Chow Kit pada 17 Ogos 2022," menurut hantaran terbabit pada Ahad.

JSPT Kuala Lumpur memaklumkan, kedua-dua suspek yang berusia 46 dan 39 tahun terbabit ditahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan motosikal berkenaan telah disita.

Artikel Berkaitan: