PRU15: Lapan kertas siasatan, empat individu ditahan

Hazani Ghazali
Hazani Ghazali
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak empat tangkapan dan lapan kertas siasatan dibuka berhubung kesalahan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan statistik di seluruh negara pada Sabtu.

Pengarah Operasi PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, satu tangkapan membabitkan individu di Selangor manakala tiga di Sarawak.

"Sebanyak dua kertas siasatan dibuka di Selangor dan Sarawak manakala masing-masing satu di negeri Pulau Pinang, Pahang, Kelantan serta Sabah.

"Kertas siasatan dibuka antaranya di bawah Seksyen 500, 477, 24(B)(10), dan 506 Kanun Keseksaan serta di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM), Akta Pilihan Raya 1954, dan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (PPPA) 2016," katanya dalam laporan harian PRU15 pada Ahad.

Hazani berkata, antara kertas siasatan adalah dua di Selangor mengikut Seksyen 500, Seksyen 447 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 AKMM 1998 dan Seksyen 143(1) PPPA 2016.

Tambahnya, satu kertas siasatan dibuka di Pulau Pinang mengikut Seksyen 24(B)(10) Akta Pilihan Raya 1955 dan satu di Pahang di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 19 ceramah tidak berpermit dikesan di seluruh negara pada Sabtu di mana Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 11 kes, Perak (lima), Pahang (satu), dan Terengganu (dua).

"Keseluruhannya sebanyak 289 permit ceramah telah dikeluarkan oleh PDRM di seluruh negara pada Sabtu," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: