Nurulhidayah rancakkan kempen tarik anak muda keluar mengundi

Foto Instagram Nurul Zahid
Foto Instagram Nurul Zahid
A
A
A

BAGAN DATUK - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendapat 'tonik tambahan' sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid turut sama berkempen.

Sempat menyanyikan satu lagu bagi meraikan pertandingan karaoke yang turut diadakan, beliau mahu pengundi menunaikan tanggungjawab dan mengekalkan kemenangan BN di Parlimen Bagan Datuk.

"Saya mahu adik-adik, pengundi muda memilih BN bagi mengekalkan kestabilan negara. Kak Long tak minta bayaran apa-apa, hanya keluar mengundi dan satu undi untuk BN," katanya.

Nurulhidayah hadir semasa program Majlis Barbeku bersama Belia dan Beliawanis DUN Rungkup di Dewan Komuniti Sungai Nipah Baroh, di sini.

Ahmad Zahid menerima cabaran calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Perikatan Nasional (PN), Dr Nik Muhammad Faiz Na'aman.

Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail yang juga bekas Ahli Parlimen Benut turut bertanding atas tiket Bebas.

Artikel Berkaitan: