Pique dirai di Camp Nou

Pique dijulang oleh rakan sepasukan selepas aksi La Liga Barcelona menentang Almeria di Camp Nou pada Ahad.- Foto Agensi
Pique dijulang oleh rakan sepasukan selepas aksi La Liga Barcelona menentang Almeria di Camp Nou pada Ahad.- Foto Agensi
A
A
A

MENGHITUNG hari untuk menggantung but, Gerard Pique diraikan dalam aksi terakhirnya di Camp Nou ketika kemenangan 2-0 Barcelona ke atas Almeria pada Ahad.

"Saya pasti akan kembali ke sini," ujar Pique.

Bek tengah berusia 35 tahun itu akan bersara daripada bola sepak selepas kunjungan Barca ke Osasuna Selasa ini.

Pique telah memenangi 30 trofi bersama kelab, termasuk tiga gelaran Liga Juara-Juara Eropah dan lapan La Liga.

Dia mendapat sambutan daripada peminat sepanjang permainan selepas 14 tahun bersama skuad utama Barcelona, diraikan selepas perlawanan dan dijulang oleh rakan sepasukan.

"Terima kasih kepada rakan sepasukan, kakitangan serta semua yang membantu saya," ujar Pique.

Pique yang meraih Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 bersama Sepanyol, tidak dapat menahan air mata ketika berucap kepada lebih 92,000 peminat di Camp Nou.