Budak lapan tahun gigit ular tedung hingga mati

Seorang budak lelaki di India berjaya membunuh seekor ular tedung dengan cara menggigit haiwan itu. - Foto AFP
Seorang budak lelaki di India berjaya membunuh seekor ular tedung dengan cara menggigit haiwan itu. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Seorang budak lelaki India berusia lapan tahun berjaya membunuh seekor ular tedung dengan menggigit haiwan itu baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku di sebuah perkampungan terpencil Pandarpadh di wilayah Chhattisgarh tengah India.

Pada mulanya, budak itu yang hanya dikenali sebagai Deepak diserang ular tersebut yang melilit lengannya.

Ular tedung itu melilit lengan Deepak ketika dia bermain di luar rumah keluarganya.

Dia menggoyangkan lengannya tetapi tidak dapat melepaskan reptilia itu.

Pada ketika itu, Deepak memutuskan untuk membenamkan giginya sendiri ke dalam badan ular tersebut sebanyak dua kali sehingga berjaya membunuh haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, ular itu sempat menggigit tubuh Deepak sebelum budak tersebut menggigitnya.

Ibu bapa Deepak kemudian bergegas ke pusat perubatan berhampiran dan anak mereka diletakkan dalam pemerhatian untuk memastikannya pulih dengan baik.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan terhadap kecederaannya mendapati Deepak mengalami gigitan kering yang bermakna ular tedung itu tidak mengeluarkan sebarang racun ke dalam tubuhnya.

Kawasan Deepak bergelut dengan ular tedung itu terkenal dengan aktiviti reptilia tersebut. – Agensi