'Satu lawan satu', Bung Moktar yakin pertahan Kinabatangan

Bung Moktar bersama calon dari Warisan, Mazliwati pada proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan.
Bung Moktar bersama calon dari Warisan, Mazliwati pada proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan.
A
A
A

KINABATANGAN - [DIKEMAS KINI] Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Kinabatangan berdepan dengan persaingan sengit 'satu lawan satu' apabila penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin akan ditentang pencabarnya dari Parti Warisan (Warisan).

Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah akan berdepan dengan calon wanita diketengahkan Warisan iaitu Mazliwati Abdul Malek, 49, dan beliau yakin mampu mempertahankan kerusi berkenaan.

"PRU15 kali ini dua calon, saya sendiri mewakili BN dan Mazliwati daripada Warisan dan saya cukup yakin PRU kali ini, Insya-ALLAH BN dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU14.

"Sambutan masyarakat dan pergolakan sedikit pertukaran calon menampakkan ini satu kekurangan bagi Warisan.



"Saya cukup optimis dengan usaha serta jentera di semua pusat daerah mengundi (PDM) di semua peringkat berjalan baik," katanya selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag di sini pada Sabtu.

Bung Moktar memaklumkan pencabarnya itu juga mempunyai kaitan kekeluargaan dengannya dan menyifatkan bahawa pertembungan dalam pilihan raya kali ini sebagai persaingan harmoni.

"Yang bertanding ini saudara, saya dengan calon Warisan ini bukan orang lain, arwah bapanya kawan baik saya, pak cik saya juga.

"Insya-ALLAH saya cukup yakin keharmonian itu tetap terpelihara dan kita tetap bertanding disebabkan demokrasi dan saya yakin tidak ada apa-apa yang berlaku selain jentera akan digerak mengikut kehendak demokrasi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada PRU14, Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti sebanyak 9,478 undi selepas menewaskan dua pencabar lain iaitu Warisan dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).