Calon PH Parlimen Sungai Buloh nafi merajuk

Ramanan - Foto SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR
Ramanan - Foto SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SUNGAI BULOH - Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan nafi 'merajuk' dengan pengamal media berhubung dakwaan beliau tidak akan bertanding di kawasan itu.

Bagaimanapun, beliau mengakui agak terkilan dengan berita yang tersebar.

“Saya ada watikah daripada parti untuk bertanding, bagaimana berita kata saya akan ditukarkan, lepas itu tidak ada siapapun media hubungi saya,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Kenanga, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, U5 Subang Bestari, pada Sabtu.

Ramanan berkata, beliau tidak mahu memanjangkan isu berkenaan kerana menganggap ia sudah selesai apabila pihak media sudah menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan.

Sementara itu, beliau mengakui lawannya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempunyai kelebihan daripada segi media sosial berbanding dirinya.

“Saya akui KJ ‘under dog on the ground’, tapi saya ‘under dog’ dalam media sosial,” katanya.

Mengenai harapannya terhadap saingan tujuh penjuru kali ini, Ramanan yakian akan mempertahankan kerusi tradisi PKR itu.

“Ini adalah kubu kuat kami dan kami yakin akan menang serta akan pertahanankan kerusi Sungai Buloh,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Kerusi Parlimen Sungai Buloh merupakan kerusi campuran yang disandang R.Sivarasa dari PKR sejak 2008.

Secara tradisi kerusi Sungai Buloh ditandingi oleh MIC namun parti itu kalah kepada PKR tiga penggal berturut-turut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam persaingan di Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari Pas yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642)

Daftar pengundi terkini setakat April lalu di kerusi Parlimen Sungai Buloh merekodkan pengundi Melayu meliputi 97,000 orang, Cina (32,060) dan India (16,108) dan lain-lain (10,725) daripada keseluruhan 155,685 pengundi.