Mahfuz tekad pertahan kubu kuat buat kali kelima

Mahfuz (tengah) beramah mesra dengan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Pokok Sena, Ahmad Bawadir Abdul Ghani selepas selesai sesi penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Pokok Sena di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena, di sini, pada Sabtu.
Mahfuz (tengah) beramah mesra dengan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Pokok Sena, Ahmad Bawadir Abdul Ghani selepas selesai sesi penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Pokok Sena di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

POKOK SENA – Penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tekad mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena buat kali kelima pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mahfuz disifatkan calon ‘heavyweight’ apabila menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena pada 1999 sebelum memenangi semula kerusi itu atas tiket Pas pada PRU12 dan PRU13, sebelum mempertahankan kerusi itu buat kali keempat pada PRU14.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, walaupun telah memenangi kerusi parlimen itu pada 1999, 2008, 2013 dan 2018 namun beliau akan terus bekerja kuat untuk rakyat.

“Terdapat beberapa muka baharu kecuali Datuk Ahmad Yahya yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, namun kita tetap perlu kerja keras.

Ahmad bertemu penyokong yang setia menunggu sejak awal pagi sehingga selesai proses penamaan calon Parlimen Pokok Sena.
Ahmad bertemu penyokong yang setia menunggu sejak awal pagi sehingga selesai proses penamaan calon Parlimen Pokok Sena.

“Ia memandangkan senario PRU15 pada kali ini dilihat telah berubah dengan perubahan pemikiran dan kehadiran pengundi muda, yang mana kita tidak baca pendirian dan sikap mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau ditemui selepas selesai penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Pokok Sena di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena di sini, pada Sabtu.

Mahfuz berkata, beliau akan terus bekerja keras termasuklah mengendali dan menyantuni pengundi muda, selain memastikan pengundi sedia ada akan terus memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dan dirinya.

Artikel Berkaitan:

Jadi, ia bukan satu perkara mudah walaupun saya telah empat kali menang memandangkan perubahan senario politik dan perubahan pemikiran.

“Orang sekarang kadang-kadang orang hendak lihat mengikut parti, ada orang nak tengok calon, ada nak tengok pendirian, namun pengundi sekarang lebih kepada berasaskan pengetahuan dan pemerhatian,”katanya.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, PH akan terus mempertahankan Pokok Sena sebagai kubu kuat parti, sekali gus memastikan kerusi itu menjadi penyumbang utama parlimen PH di Kedah dan dapat membentuk kerajaan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ahmad Yahya berkata, PN akan melakukan yang terbaik di Parlimen Pokok Sena.

“Terima kepada semua rakan dan penyokong yang turun sejak awal pagi dan melihat kepada sokongan ini, ia memberi gambaran jentera PN akan memberi terbaik dalam persaingan empat penjuru ini,” katanya.

Katanya, pepecahan undi tidak dapat dielakkan berikutan persaingan empat penjuru antara PN, PH, Barisan Nasional dan Parti Warisan (Warisan) di kerusi Parlimen itu.

“Namun, PN menawarkan terbaik di Pokok Sena, sekali gus mengharapkan peluang terbabit diberikan kepada kita,” katanya.

Bagi calon BN, Noran Zamani Jamaluddin, 48, pula berkata, beliau tidak bimbang calon ‘heavyweigt’ di kerusi Parlimen itu kerana yakin atas kemampuannya sebagai anak jati kawasan itu.

Noran Zamani (tengah) bersama Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Said Ali Said Rastan bertemu penyokong selepas selesai sesi penamaan calon parlimen Pokok Sena.
Noran Zamani (tengah) bersama Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Said Ali Said Rastan bertemu penyokong selepas selesai sesi penamaan calon parlimen Pokok Sena.

“Setakat ini, saya tidak gementar kerana menang kalah merupakan adat sesuatu pertandingan, namun pastinya apabila saya masuk mewakili BN dalam pilihan raya umum adalah untuk menang,” katanya.

Katanya, beliau yakin dengan sokongan diterima penduduk setempat memandangkan sokongan ditunjukkan terhadap dirinya disifatkan luar biasa, selain mereka inginkan perubahan.

Noran Zamani berkata, beliau juga yakin ramai pengundi muda mengenali dirinya yang merupakan pemain bola sepak daerah Pokok Sena dan Presiden Bola Sepak Takraw Pokok Sena.

Bagi calon Warisan, Noraini Md Salleh, 60, juga tidak gentar berdepan calon-calon dari parti lain walaupun dirinya merupakan satu-satunya calon wanita di Parlimen Pokok Sena.

Menurut Noraini, walaupun merupakan muka baharu, namun beliau memiliki pengalaman dalam bidang politik melalui pelbagai parti seperti UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pejuang sebelum memasuki Warisan.

Noraini ketika hadir untuk penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Pokok Sena di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena, di sini, pada Sabtu.
Noraini ketika hadir untuk penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Pokok Sena di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena, di sini, pada Sabtu.

Ahli perniagaan yang berasal dari Kampung Menerong, Pokok Sena itu menyatakan, beliau memiliki cara tersendiri untuk mendekati pengundi pada PRU15 ini.