Presiden MIC lawan 6 calon di Sungai Siput

Tujuh calon kerusi Parlimen Sungai Siput diumumkan layak bertanding oleh Mohd Azhar di Dewan Perbandaran Majlis Daerah Kuala Kangsar cawangan Sungai Siput (U) pada Sabtu.
Tujuh calon kerusi Parlimen Sungai Siput diumumkan layak bertanding oleh Mohd Azhar di Dewan Perbandaran Majlis Daerah Kuala Kangsar cawangan Sungai Siput (U) pada Sabtu.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berdepan laluan sukar untuk merampas kerusi Parlimen Sungai Siput apabila bersaing tujuh penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Tujuh calon berkenan melibatkan calon BN, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan tiga calon Bebas.

Penyandang, S Kesavan, 72, mewakili PH akan dicabar Vigneswaran, 57 dari BN; Datuk Seri G Irudianathan, 56, mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Ahmad Fauzi Mohd Jaafar, 49 (Pejuang).

Tiga calon Bebas yang turut mencuba nasib ialah, suri rumah, R Indrani, 50; bekas Ketua Penerangan PN Sungai Siput, Baharudin Kamarudin, 63, dan ahli perniagaan, N Rajah, 57.

Bagaimanapun, seorang peniaga tempatan S Nagalingam, 55, yang pernah dua kali bertanding kerusi sama, membatalkan hasrat untuk mencuba kali ketiga pada saat-saat akhir.

Pada PRU14, S Kesavan kerusi itu dengan majoriti 5,607 undi.

Sementara itu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang, tiga calon akan bertanding merebut kerusi berkenaan, manakala di kerusi DUN Jalong menyaksikan empat calon bertanding di situ.

Penyandang kerusi Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun dari BN dicabar Ahmad Dazlie Osman mewakili PN dan calon dari PH, Zaim Sidqi Zulkifly.

Artikel Berkaitan:

Di kerusi DUN Jalong pula, penyandang Loh Sze Yee dari PH akan ditentang calon PN, Datuk Naran Singh, Jerry Pan (BN), R Indrani (Bebas).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sungai Siput, Mohd Azhar Alias mengumumkan senarai calon yang bertanding kira-kira jam 11.30 pagi di Dewan Perbandaran, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar cawangan Sungai Siput (U).