Khairuddin tak ambil hati 'diboo' penyokong Pas

Mohd Khairuddin (tengah) bersama pencadang dan penyokong ketika penamaan calon di Kompleks Pentadbiran Kuala Nerus, di sini, Sabtu.
Mohd Khairuddin (tengah) bersama pencadang dan penyokong ketika penamaan calon di Kompleks Pentadbiran Kuala Nerus, di sini, Sabtu.
A
A
A

KUALA NERUS - Teriakan 'boo' daripada penyokong Pas ketika nama calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali diumum layak bertanding dianggap sebagai perangai budak kecil.

Mohd Khairuddin berkata, dia tidak ambil hati dengan teriakan itu dan menganggap perkara sebegitu biasa dalam politik.

"Biasa je dalam politik macam tu lah, yang penting kita kekal bersaudara walaupun berbeza (parti). Yang nakal-nakal ini ada di mana-mana sahaja, jangan kita ambil 'port' sangatlah, kecil saja. Budak-budak kecil biasalah tu.

"Kalau kita memimpin, kena berjiwa besar, jangan jadi macam budak kecil," kata ahli 'direct' BN itu kepada pihak media selepas selesai penamaan calon di Kompleks Pentadbiran Kuala Nerus, di sini Sabtu.

Sebelum ini Parlimen Kuala Nerus menjadi tumpuan apabila penyandangnya, Mohd Khairuddin diumumkan sebagai calon BN yang akan bertanding di bawah gabungan itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Pada PRU14 lalu, Mohd Khairuddin yang mewakili Pas meraih 37,974 undi menang dengan majoriti 8,447 mengalahkan calon BN, Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang memperoleh 29,527 undi dan Pakatan Harapan, Abdullah Muhammad, 4,604 undi.


Artikel Berkaitan: