PBRS pula 'langgar' calon GRS di Ranau

Ewon Ebin
Ewon Ebin
A
A
A

RANAU - Pertembungan lima penjuru di Parlimen Ranau menyaksikan calon Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menentang calon yang diketengahkan sekutu mereka daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ewon Ebin dari PBRS muncul pada proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Masyarakat Ranau sebelum beliau disahkan sebagai salah seorang calon di Parlimen berkenaan.

Beliau akan menentang calon GRS yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Jonathan Yasin, Taufik Dahlan (Pakatan Harapan), Azizul Julirin (Pejuang) dan Markos Siton (Warisan).

Semakan pada laman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati Ewon bertanding atas logo PBRS.

Sebelum ini, PBRS yang juga komponen dalam Barisan Nasional (BN) hanya mengetengahkan seorang calon bagi Parlimen Pensiangan iaitu penyandangnya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Sehingga kini, Sinar Harian difahamkan dua Parlimen berlaku pertembungan antara rakan sekutu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penyandang Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee disahkan bertanding dan akan berdepan dengan persaingan lima penjuru dalam pilihan raya kali ini.

Beliau akan menentang rakan sekutu daripada BN yang diwakili bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Benedict Asmat.

Artikel Berkaitan: