BN ada peluang menang di Pagoh

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim, berdepan Muhyiddin di kerusi Parlimen Pagoh.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim, berdepan Muhyiddin di kerusi Parlimen Pagoh.
A
A
A

PAGOH - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim, berkata biarpun berdepan Muhyiddin yang disifatkan sebagai calon 'heavyweight', BN tetap memiliki peluang untuk menang di kerusi Parlimen Pagoh.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata apa yang penting ketika ini adalah memperkemaskan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja bagi mencapai kemenangan.

"Dalam pilihan raya, tidak ada orang boleh beritahu pada hari pencalonan siapa boleh menang. Perasaan pasukan yang bertanding pun, semua mahukan kemenangan.

"Walaupun di sini (Parlimen Pagoh) kita 'underdog' dan bukan penyandang, ia memberikan kita galakan untuk lebih bersemangat bekerja," katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon Parlimen Pagoh di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh.

Bagi PRU15, kerusi Parlimen Pagoh menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Razali dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman.

Pada PRU14, Muhyiddin mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti 6,927 undi.

Dalam pada itu, Razali berkata, beliau telah membuat persiapan bagi menghadapi calon bertanding di Pagoh selepas dimaklumkan akan dicalonkan di kawasan Parlimen itu.

Beliau berkata, tidak gementar untuk berhadapan dengan Muhyiddin dan sebagai status calon underdog memberi semangat untuk bekerja lebih kuat.

Artikel Berkaitan:

"Kita datang sini bukan nak cerita sejarah dan bukan nak buat janji berlebihan.

"Tetapi cerita prestasi Johor umpamanya sudah mencipta beberapa kejayaan walaupun baru tujuh bulan diberi mandat," katanya.