Calon Bebas cabar penyandang kerusi DUN Beserah

Dari kiri, Jopesh, Mustaffar Kamal, Andansura, Mohd Fauzi dan Zulkifli sah bertanding di kerusi N13 Beserah pada PRU15.
Dari kiri, Jopesh, Mustaffar Kamal, Andansura, Mohd Fauzi dan Zulkifli sah bertanding di kerusi N13 Beserah pada PRU15.
A
A
A

KUANTAN - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini apabila seorang calon Bebas mencuba nasib bagi mencabar empat lagi calon termasuk penyandangnya, Andansura Rabu di kerusi terbabit.

Joseph Tang Saing Yew yang bertanding atas logo kunci hadir tanpa sebarang penyokong pada hari penamaan dan penyerahan calon bebas itu menyaksikan pertembungan lima penjuru di kerusi DUN Beserah.

Ia membabitkan Zulkifli Mohamed daripada Pakatan Harapan (PH), Mohd Fauzi Taib (Pejuang), Datuk Seri Mustaffar Kamal Ab Hamid (BN) dan Andansura (PN).

Pengumuman rasmi senarai calon itu dibuat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihanraya Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fadzilla Salleh di Wisma Belia Bandar Indera Mahkota di sini.

Bagi kerusi DUN Semambu pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Hisham Omar (BN), Chan Chun Kuang (PH), Zulfadhli Zakariah (PN) dan Dr Rashidah Abdul Rahman (Pejuang).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Andansura memperoleh 12,239 undi di kerusi N12 Beserah sekali gus menang dengan majoriti 1,305 undi mengalahkan calon PH, Zulkifli (10,934 undi) dan calon BN, Suhaimi Sulong (8,732 undi).

Artikel Berkaitan: