Eddin Syazlee bertongkat, kesihatan makin baik

Eddin Syazlee bertongkat ketika hadir pada penamaan calon pada Sabtu.
Eddin Syazlee bertongkat ketika hadir pada penamaan calon pada Sabtu.
A
A
A

KUALA PILAH - Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith hadir bertongkat di pusat penamaan calon di bilik gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, namun menegaskan tahap kesihatannya semakin baik.

Malah penyandang kerusi Parlimen Kuala Pilah itu turut memaklumkan akan turun padang berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Eddin Syazlee sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan ia disahkan oleh Penasihat PN Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim

Jelas Eddin Syazlee, beliau tidak lari daripada tanggungjawabnya sebagai pemimpin susulan sedang menyediakan (menerima rawatan susulan) dirinya untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Daripada tempoh rawatan dan kini sudah sebulan, Alhamdulillah keadaan semakin beransur pulih.

"Saya akan turun padang seperti biasa seperti mana kita lakukan setiap minggu (sebelum PRU15) dan tempoh dua minggu ini saya menjangkakan hanyalah kerja-kerja susulan perkhidmatan yang kita berikan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai penamaan calon di luar pekarangan bilik gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah pada Sabtu.

Pada PRU14, Datuk Seri Hasan Malek (BN) tewas 200 undi dengan calon Bersatu, Datuk Eddin Syazlee Shith yang memenangi 18,045 undi.

Artikel Berkaitan:

Pada PRU15 kali ini, seramai lima calon yang kesemuanya merupakan anak jati Kuala Pilah bakal berentap di kerusi P129 Parlimen Kuala Pilah.

Mereka merupakan Perikatan Nasional (PN), Datuk Eddin Syazlee Shith, BN, Datuk Adnan Abu Hassan, Pakatan Harapan (PH), Nor Azman Mohamad, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Kamarulzaman Kamdias serta Parti Warisan, Datuk Azman Idris.

Dalam pada itu, Adnan ketika ditemui berkata, pada pilihan raya yang lalu BN memperolehi undi majoriti tipis dan ia merupakan cabaran buat gabungan itu.

"Biarpun majoriti tidak besar tapi saya tidak boleh rasa selesa. Saya harap juga penyokong belah sana (lawan) juga tidak boleh rasa selesa.

"Bila kita meletakkan dalam keadaan ingin menang. Mungkin sentimen pada ketika itu lain sentimen sekarang lain. Pendekatan lain, polar pengundi juga lain," ujar beliau.