Tiga muka baharu rebut kerusi Indera Mahkota

Tai Song (kiri), Zuraidi (dua kanan) Saifuddin (tengah) dan Mohamad (kiri) masing-masing berentap untuk merebut kerusi Indera Mahkota.
Tai Song (kiri), Zuraidi (dua kanan) Saifuddin (tengah) dan Mohamad (kiri) masing-masing berentap untuk merebut kerusi Indera Mahkota.
A
A
A

KUANTAN - Parlimen Indera Mahkota menyaksikan tiga muka baharu yang akan bertanding merebut kerusi yang disandang Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Saifuddin yang mewakili Perikatan Nasional (PN) di cabar Datuk Quek Tai Seong daripada BN, Zuraidi Ismail (Pakatan Harapan) dan Dr Mohamad Nor Sundari (Pejuang).

Pengumuman rasmi senarai calon itu dibuat Pengurus Pilihan Raya Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fadzilla Salleh di Wisma Belia Bandar Indera Mahkota

Saifuddin hadir memakai busana biru tua berkumpul di pekarangan di pusat penamaan calon bersama penyokong PN.

Selain itu, Mohamad pula mengenakan kemeja putih tampil bersahaja pada hari penamaan calon bersama penyokongannya.

Kira-kira 2,000 penyokong parti yang bertanding berkumpul sejak jam 7 pagi.

Kesemua calon menyerahkan borang masing-masing dalam tempoh kurang sejam selepas proses penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi.

Artikel Berkaitan: