PRU15: Perebutan enam penjuru kerusi Parlimen Labuan

Dari kiri: Bashir, Rozman, Suhaili dan Dr Ramli
Dari kiri: Bashir, Rozman, Suhaili dan Dr Ramli
A
A
A

LABUAN - Kerusi Parlimen Labuan menyaksikan persaingan enam penjuru termasuk penampilan tiga muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penyandang kerusi itu yang juga Ketua Bahagian Parti Warisan Labuan, Datuk Rozman Isli ditentang oleh calon BN, Datuk Bashir Alias yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Labuan dan calon Perikatan Nasional yang diwakili Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Tiga yang lain ialah calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ramli Tahir yang merupakan Ketua Bahagian Parti Amanah Labuan; Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang diwakili Dayang Rusimah@Raynie Datuk Mohd Din iaitu Ketua Bahagian PBM Labuan dan Presiden Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM), Datuk Seri Ramle Mat Daly yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Senarai pencalonan itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya Labuan, Yusup Mohamad sejurus pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Sungai Lada ditutup pada 10 pagi tadi.

Seramai 44,484 orang layak mengundi untuk kerusi itu pada PRU15 berbanding 28,356 orang pada PRU14. - Bernama

Artikel Berkaitan: