Pengasuh bayi maut tersedak susu direman

Bayi berusia empat bulan meninggal dunia akibat tersedak susu semasa dalam jagaan pengasuh, kelmarin.
Bayi berusia empat bulan meninggal dunia akibat tersedak susu semasa dalam jagaan pengasuh, kelmarin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita direman sehari bagi membantu siasatan kematian seorang bayi berusia empat bulan akibat tersedak susu semasa dalam jagaannya, kelmarin.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Nur Hidayah Abd Manaf.

Wanita terbabit berusia 39 tahun yang juga pengasuh kepada bayi berkenaan, tiba di Bilik Reman Kompleks Mahkamah Johor Bahru di sini sekitar jam 11 pagi tadi.

Pengasuh terbabit ditahan di kediamannya di Kampung Melayu Majidee, di sini sekitar jam 4.15 petang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais memaklumkan hasil bedah siasat dijalankan oleh Dr Vimal Nambiar di Jabatan Forensik Hospital Sultananah Aminah (HSA) ke atas bayi itu mendapati punca kematian disebabkan tersedak susu.

Wanita yang juga pengasuh kepada bayi berusia empat bulan dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru untuk permohonan reman, hari ini.
Wanita yang juga pengasuh kepada bayi berusia empat bulan dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru untuk permohonan reman, hari ini.

"Tiada sebarang kecederaan atau kesan lebam pada tubuh mangsa. Namun siasatan awal mendapati mangsa ada minum sebotol susu sebelum tidur.

"Ketika sedang tidur, pengasuh mula menyedari wajah mangsa bertukar menjadi kebiruan,” katanya ketika mengesahkan kejadian.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang bayi berusia empat bulan meninggal dunia akibat tersedak susu semasa dalam jagaan pengasuh yang diklasifikasi di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu dengan cuai menyebabkan kematian.

ARTIKEL BERKAITAN Bayi maut tersedak susu di rumah pengasuh