Subvarian baharu Omicron sumbang 35 peratus kes Covid-19 di AS

Subvarian baharu Omicron BQ.1 dan BQ.1.1 menyumbang lebih 35 peratus kes Covid-19 di Amerika Syarikat minggu ini. - Foto fail Reuters
Subvarian baharu Omicron BQ.1 dan BQ.1.1 menyumbang lebih 35 peratus kes Covid-19 di Amerika Syarikat minggu ini. - Foto fail Reuters
A
A
A

LOS ANGELES - Subvarian baharu Omicron BQ.1 dan BQ.1.1 menyumbang lebih 35 peratus kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) minggu ini, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC).

BQ.1.1 menyumbang hampir 19 peratus manakala BQ.1 merangkumi 16.5 peratus kes yang dikesan minggu ini, menurut laporan CDC yang dikeluarkan pada Jumaat.

Kedua-dua varian baharu itu merebak dengan pantas sejak Oktober, lapor Xinhua.

Subvarian berkenaan menyumbang kira-kira satu daripada empat jangkitan Covid-19 di seluruh negara minggu lalu dan kini merebak dengan pantas di Eropah. - Bernama

Artikel Berkaitan: