Covid-19: Kes meningkat kepada 25,184

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kes harian baharu Covid-19 negara meningkat 54 peratus untuk tempoh seminggu (29 Oktober - 4 November 2022) kepada sebanyak 25,184 dengan kes empat angka dilaporkan dua hari berturut-turut, Khamis (4,711) dan Jumaat (4,360).

Jumlah kes harian baharu Covid-19 untuk seminggu sebelumnya (22 Oktober-28 Oktober) adalah sebanyak 16,346 kes.

Kali terakhir negara mencatat kes 4,000 ialah pada 14 Ogos 2022 sebanyak 4,071 kes.

Daripada 4,360 kes semalam, Selangor mendahului dengan 1,797 kes, diikuti WP Kuala Lumpur (616), Perak (417), Negeri Sembilan (274), Sabah (254), Pulau Pinang (252), Melaka (172), Kedah (123) dan WP Putrajaya (108).

Kes dua angka dilaporkan di Kelantan (92), Pahang (83), Sarawak (70), Johor (53) dan Terengganu (30). Perlis dan WP Labuan, masing-masing mencatat lima (5) kes.

Sebelum melepasi paras 4,000 ini, angka kes mencecah 3,000 bermula 28 Oktober (3,296) dan berikutnya pada 29 Oktober (3,189), 30 Oktober (3,129) dan 2 November (3,969). Kes terendah untuk bulan yang sama, pada 17 Oktober iaitu 1,210 kes.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini mengingatkan rakyat di negara ini bahawa angka kes Covid-19 dijangka meningkat untuk beberapa minggu yang ada kaitannya dengan penularan subvarian Omicron XBB di Malaysia.

Menurut beliau, negara kini berada dalam fasa peralihan pandemik Covid-19 kepada endemik dan gelombang jangkitan melibatkan peningkatan kes dijangka berlaku.

Artikel Berkaitan:

Beliau menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak dan majlis berkaitan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tarikh penamaan calon PRU15 dijadual Sabtu 5 November, tarikh pengundian awal 15 November dan hari mengundi, 19 November.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKMNOW dikemas kini pukul 11:59 malam 4 November, meningkat kepada 35,539 kes dengan 33,874 (95.3 peratus) menjalani kuarantin di rumah.

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 29 Okt hingga 4 November 2022:-

29 Oktober (3,189), 30 Oktober (3,129), 31 Oktober (2,913), 1 November (2,913), 2 November (3,969), 3 November (4,711) dan 4 November (4,360).

Kes harian baharu Covid-19 sepanjang 22 Oktober hingga 28 Oktober 2022:-

22 Oktober (2,618), 23 Oktober (2,054), 24 Oktober (1,737), 25 Oktober (1,743), 26 Oktober (2,136), 27 Oktober (2,762) dan 28 Oktober (3,296).

Kes harian Covid-19 di negara jiran Singapura juga mencatat peningkatan yang ada kaitannya dengan penularan subvarian Omicron, XBB, seperti berikut:-

29 Oktober (4,631), 30 Oktober (3,240), 31 Oktober (2,612), 1 November (5.652), 2 November (4,086), 3 November (3,511) dan 4 November (3,128).

Sementara itu, sebanyak 3,429 kes sembuh pesakit Covid-19 diaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh negara setakat semalam sebanyak 4,846,897 kes.

Dengan sebanyak 4,918,917 kumulatif kes Covid-19, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (5,188,890) dan Ukraine (5,312,632).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Korea Selatan mencatat kes harian baharu tertinggi (43,424) diikuti oleh Jepun (34,064) dan Taiwan (27,594).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dengan 1,097,961 kes.

Senario Covid-19 di Malaysia

Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm, 4 Nov 2022 menunjukkan 33,874 kes (95.3 peratus) daripada 35,539 kes aktif Covid-19 dikuarantin di rumah.

Sifar ​​​(0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,592 kes (4.5 peratus) di hospital; 20 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 53 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan Covid-19 iaitu:

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes sembuh:-

29 Oktober (2,541), 30 Oktober (2,464), 31 Oktober (2,833), 1 November (2,599), 2 November (2,696), 3 November (3,120) dan 4 November (3,429).

* kes kumulatif sembuh sehingga 4 November 2022 sebanyak 4,846,897.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

29 Oktober (30,702), 30 Oktober (31,365), 31 Oktober (31,436), 1 November (31,747), 2 November (33,018), 3 November (34,609) dan 4 November (35,539).

Perincian kes harian baharu (4,360 kes):-

*mengikut negeri, setakat 4 November 2022

* (+kes import)

Empat angka - Selangor 1,797 (+0);

Tiga angka - WP Kuala Lumpur 616 (+0), Perak 417 (+0), Negeri Sembilan 274 (+0), Sabah 254 (+0), Pulau Pinang 252 (+0), Melaka 171 (+1), Kedah 123 (+0) dan WP Putrajaya 107 (+1);

Dua angka - Kelantan 92 (+0), Pahang 83 (+0), Sarawak 78 (+1), Johor 53 (+0) dan Terengganu 30 (+0);

Satu angka - Perlis 5 (+0) dan WP Labuan 4 (+1).

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

29 Oktober - Kes baharu 3,189; Kumulatif kes 4,896,922; Kes import 3

30 Oktober - Kes baharu 3,129; Kumulatif kes 4,900,051; Kes import 6

31 Oktober - Kes baharu 2,913; Kumulatif kes 4,902,964; Kes import 7

1 November - Kes baharu 2,913; Kumulatif kes 4,905,877; Kes import 11

2 November- Kes baharu 3,969; Kumulatif kes 4,909,846; Kes import 2

3 November - Kes baharu 4,711; Kumulatif kes 4,914,557; Kes import 7

4 November - Kes baharu 4,360; Kumulatif kes 4,918,917; Kes import 4

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

29 Oktober - 1 (BID 0), 30 Oktober - 2 (BID 0 ), 31 Oktober - 9 (BID 1 ), 1 November - 3 (BID 1), 2 November - 2 (BID 0), 3 November - 0 (BID 0) dan 4 November - 1 (BID 0).

*Jumlah kes kematian sehingga 4 November 2022 sebanyak 36,481 kes. - Bernama