[VIDEO] PRU15: Azwan batal hasrat lawan abang di Gombak

Azwan (tengah) turut bergambar bersama calon PH, Datuk Seri Amirudin Shari pada Sabtu.
Azwan (tengah) turut bergambar bersama calon PH, Datuk Seri Amirudin Shari pada Sabtu.
A
A
A


GOMBAK - Selebriti sensasi, Azwan Ali, 56 membatalkan hasrat melawan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Azwan dilihat telah berada di lokasi pekarangan Pusat Penamaan Calon di SMK Sungai Pusu namun tidak masuk ke dewan tersebut.

Menurut laporan sebuah portal berita, Azwan membuat keputusan tersebut selepas mendengar bisikan arwah ibu, Mak Tom.

"Pagi ini selepas Subuh, saya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding selepas mendengar bisikan Allahyarham ibu saya menasihatkan saya jangan bertanding.



"Saya minta maaf sebab terlalu ramai penyokong yang inginkan saya bertanding. Jadi maafkan saya, hajat anda tidak kesampaian. Saya minta maaf kerana keputusan saya mungkin mengejutkan semua," menurut laporan portal tersebut.

Azwan dilihat telah berada di pekarangan Pusat Penamaan Calon sejak awal pagi dengan berjubah merah.

Azwan (tengah) bersama penyokong Pakatan Harapan di Pusat Penamaan Calon di SMK Sungai Pusu pada Sabtu.
Azwan (tengah) bersama penyokong Pakatan Harapan di Pusat Penamaan Calon di SMK Sungai Pusu pada Sabtu.



Azwan turut pergi ke kem Pakatan Harapan (PH) dan bergambar bersama calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari pada Sabtu.

Pada Jumaat, Azwan memaklumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di Gombak pada PRU15 bagi memberikan saingan kepada abangnya, Mohamed Azmin.

Artikel Berkaitan:


Azwan pada PRU14 bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa sebagai calon bebas, namun tewas apabila sekadar meraih 90 undi.