Azwan Ali lawan abang sendiri di Parlimen Gombak

Azwan
Azwan
A
A
A

SHAH ALAM - Setelah gagal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, pengacara sensasi, Azwan Ali dilapor bakal bertanding atas tiket calon Bebas kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.

Azwan mengesahkan perkara itu seperti yang dilapor dalam sebuah portal berita sekali gus bermakna beliau bakal berdepan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sedia mempertahankan kerusi tersebut.

Azwan, 56, berkata, beliau akan hadir ke Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak, pada Sabtu.

"Ia, anda akan menerima jawapannya, esok, iaitu pada hari penamaan calon," katanya memetik laporan portal berkenaan.

Sekiranya Azwan hadir dan berjaya mendaftar diri sebagai calon pada hari penamaan, pengacara popular itu juga bakal menentang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Pada PRU14, Azwan mencuri perhatian apabila bertanding atas tiket Bebas di DUN Bukit Antarabangsa.

Namun beliau tewas apabila hanya meraih 90 undi.

Sementara itu, pada PRU lalu di Parlimen Gombak, Azmin menang apabila meraih undi sebanyak 75,113 sekali gus menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahim Kamarudin dan calon Pas, Ir. Khairil Nizam dengan majoriti 48,721 undi.

Artikel Berkaitan: