Warga Pakistan maut dirempuh kereta

Motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Klewek semalam.
Motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Klewek semalam.
A
A
A

TANAH MERAH- Seorang peniaga perabot warga Pakistan maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta Perodua Axia di Klewek di sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 4 petang itu, penunggang motosikal Fazal Ihsan,35, berada di laluan penunggang motosikal manakala kereta yang dipandu seorang wanita dari arah bertentangan itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan penunggang motosikal itu dan merempuh mangsa.

Akibat kemalangan itu, warga Pakistan terbabit maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun menerima rawatan di Hospital Tanah Merah (HTM) memandangkan dia sarat mengandung.

Dipercayai wanita berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat bertugas di sebuah sekolah di sini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya, mayat lelaki berkenaan di hantar ke unit forensik HTM untuk bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk tindakan susulan," katanya.

Artikel Berkaitan: