Selangor sedia hadapi banjir

Kenyataan MBSA pada Khamis.
Kenyataan MBSA pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bersetuju untuk menyediakan empat unit pam air di beberapa lokasi telah dikenal pasti di sekitar Bandaraya Shah Alam bagi menghadapi banjir.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan memaklumkan penyediaan empat unit pam air itu akan diselaraskan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) di lokasi terbabit.

"Dua unit pam di Taman Sri Muda, Seksyen 25, satu unit pam di Stesen Pam MBSA, Seksyen 13 dan satu lagi unit pam di Taman Mesra Seksyen U1, Shah Alam.

"Penyediaan pam ini merupakan langkah awal bagi mengurangkan risiko berlaku banjir akibat hujan lebat," kata kenyataan itu pada Khamis.

Dalam kenyataan sama, MBSA berkata, kerajaan negeri juga bersetuju dengan cadangan projek tebatan banjir yang telah dirangka dalam Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASUD).

"Sebagai permulaan, sebanyak empat projek akan dimulakan iaitu menaik taraf rumah pam serta kerja-kerja berkaitan infrastruktur di Seksyen 13 dan U1.

"Selain itu, membina rumah pam di Persiaran Aman serta kerja-kerja berkaitan infrastruktur di Taman Sri Muda, Seksyen 25, membina rumah pam di Jalan Saksama 25/29 dan Jalan Hikmat 25/35," katanya.

Tambahnya, kerja-kerja berkaitan infrastruktur di Seksyen 25, membaik pulih serta menaik taraf sistem pembetungan dan kerja-kerja berkaitan di sebahagian Kampung Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam juga dilaksanakan secara tender terbuka.

Artikel Berkaitan: