PRU15: Mutalib Uthman tanding Parlimen Masjid Tanah

Mutalib Uthman
Mutalib Uthman
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bakal mencabar penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) dan Abdul Hakim Abdul Wahid daripada BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz pada Khamis mengumumkan Pengerusi Muda Perak, Mutalib Uthman sebagai calon terakhir Muda yang akan bertanding di Parlimen Masjid Tanah.

"Mutalib Uthman merupakan antara pengasas terawal Muda yang ingin meningkatkan minat membaca dalam kalangan orang muda.

"Selamat berjuang kepada saudara Mutalib Uthman," katanya di Twitter pada Khamis.

Pada PRU14, Mas Ermieyati yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 8,159 undi selepas menewaskan dua pencabarnya Datuk Dr Sabirin Ja'afar (PKR) dan Nasir Othman (Pas).

Mas Ermieyati kemudiannya menyertai Bersatu pada Disember 2018.

Manakala, Abdul Hakim yang merupakan calon BN yang paling muda di Melaka pada PRU15 kali ini pula berjanji berusaha bermati-matian bagi memastikan BN kekal menang di Parlimen Masjid Tanah.

"Mutalib Uthman merupakan antara pengasas terawal Muda yang ingin meningkatkan minat membaca dalam kalangan orang muda."

Artikel Berkaitan:

Pada 31 Oktober lalu, Mutalib yang merupakan Pengerusi Muda Perak memohon maaf atas kenyataan bahawa parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen Tapah pada PRU15.

Beliau berkata, kerusi Parlimen Tapah ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas perbincangan dan rundingan dengan semua pihak.