Kadar baharu RMT mulai Ahad ini

Rancang Makanan Tambahan yang berkuat kuasa mulai Ahad ini bakal memanfaatkan 791,477 murid. - Gambar kecil: Mohd Radzi
Rancang Makanan Tambahan yang berkuat kuasa mulai Ahad ini bakal memanfaatkan 791,477 murid. - Gambar kecil: Mohd Radzi
A
A
A

PUTRAJAYA - Pelaksanaan kadar baharu Rancang Makanan Tambahan (RMT) berkuat kuasa mulai Ahad ini bakal memanfaatkan 791,477 murid.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pelaksanaan kadar baharu itu pastinya memberi kelegaan kepada pengusaha kantin sekolah yang menyediakan RMT.

"Alhamdulillah, usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menaikkan kadar RMT dapat dilaksanakan pada tahun ini," tulis beliau di Facebook pada Khamis.

Menurutnya, kadar RMT bagi seorang murid dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung Malaysia dan RM3.00 kepada RM4.00 bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

"Ini merupakan antara komitmen saya dalam memastikan kualiti makanan RMT kepada murid yang memerlukan adalah terjaga," katanya.

Pada pembentangan Bajet 2023, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kenaikan kadar RMT itu membabitkan peruntukan RM777 juta, iaitu peningkatan signifikan berbanding RM280 juta pada 2020, atas peluasan penerima, kenaikan kadar dan penyediaan bekalan susu setiap hari.

Artikel Berkaitan: