PRU15: Shahril perlukan sokongan kepimpinan BN Alor Gajah

Shahril Sufian (tiga dari kiri) ketika sidang akhbar di Pejabat Parlimen BN Alor Gajah pada Rabu.
Shahril Sufian (tiga dari kiri) ketika sidang akhbar di Pejabat Parlimen BN Alor Gajah pada Rabu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Calon BN Parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan tidak meminta dibentangkan 'permaidani merah' dalam melaksanakan tugas sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, meskipun bukan merupakan anak jati tempatan, namun beliau mengatur strategi bersama barisan kepimpinan Parlimen BN Alor Gajah untuk memberikan dan menawarkan khidmat terbaik kepada lebih 90,000 pengundi kawasan berkenaan yang majoriti pengundi Melayu.

"Saya sedar, sebagai yang datang dari kawasan lain, saya perlukan sokongan daripada kepimpinan tempatan untuk masuk gelanggang.

"Saya rasa terharu, tapi sedar ini cabaran yang tinggi. Apa yang boleh saya buat adalah berusaha," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di Pejabat Parlimen BN Alor Gajah di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO mengakui dua calon lain yang bertanding di Parlimen itu merupakan calon yang berpengaruh termasuk seorang bekas menteri dan seorang lagi bekas ketua menteri.

Namun, Shahril Sufian yakin setiap calon mempunyai kelebihan masing-masing dan sudah pasti sebagai calon generasi muda, ia akan memberikan cabaran besar terhadap dirinya.

Pada PRU15, Shahril Sufian berhadapan saingan sengit dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri yang juga bekas Ketua Menteri, Adly Zahari serta penyandang kerusi berkenaan mewakili Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Artikel Berkaitan: