Perjuangan GTA untuk selamatkan negara, bukan individu: Tun M

Dr Mahathir (tiga dari kanan) pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA-Pejuang di Pusat Konvensyen Bangi pada Rabu.
Dr Mahathir (tiga dari kanan) pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA-Pejuang di Pusat Konvensyen Bangi pada Rabu.
A
A
A

BANGI - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan perjuangan gabungan itu bukan untuk golongan tertentu memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Sebaliknya beliau berkata, matlamat utama mereka adalah untuk menyelamatkan negara, bangsa dan agama daripada pemimpin yang terlibat dengan rasuah.

“Perjuangan GTA bukan untuk orang itu dan ini menjadi Perdana Menteri atau menteri tetapi untuk kita selamatkan negara, bangsa dan agama.

“Walaupun GTA ini gerakan orang Melayu tetapi kita sedar negara ini berbilang kaum dan kita juga bersedia untuk bekerjasama dengan kaum lain.

“Tetapi dengan syarat mereka perlu tolak jenayah dan salah guna kuasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA-Pejuang di Pusat Konvensyen Bangi di sini pada Rabu.

Tambahnya, GTA juga tidak sesekali mengamalkan konsep ‘cash is king’ seperti mana dilakukan setengah parti.

“Ada sesetengah parti meletakkan duit adalah segalanya tetapi kita tidak begitu,” katanya.

Artikel Berkaitan: