KPDNHEP serbu kawasan disyaki seleweng diesel

KPDNHEP memeriksa sekitar lokasi serbuan. Foto KPDNHEP Negeri Sembilan
KPDNHEP memeriksa sekitar lokasi serbuan. Foto KPDNHEP Negeri Sembilan
A
A
A

PORT DICKSON - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu satu kawasan di Batu 18, Pasir Panjang di sini pada Selasa selepas disyaki berlaku aktiviti penyelewengan diesel subsidi.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan pada jam lebih kurang 12 tengah hari itu mendapati seorang lelaki yang dipercayai pemandu lori tangki dalam keadaan mencurigakan.

"Lelaki berkenaan sedang menjalankan kerja-kerja pemindahan diesel daripada tangki lori berkenaan ke sebuah kapal tangki melalui hos-hos yang bersambungan.

"Hasil pemeriksaan dokumen yang dilakukan terhadap individu yang mengendalikan kapal tangki tersebut mendapati, ia tidak mempunyai Lesen dari Pengawal Bekalan bagi berurusan dengan Barangan Kawalan Berjadual," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, dianggarkan sebanyak 65,000 liter diesel telah disita untuk tujuan siasatan dengan nilai rampasan sebanyak RM139,750.

"Turut disita sebuah kapal tangki, sebuah motor lori tangki serta peralatan-peralatan yang digunakan di tempat serbuan seperti pam penyedut bahan api.

"Anggaran jumlah keseluruhan nilai rampasan bagi kes ini adalah RM1,139,750, empat lelaki tempatan dalam lingkungan umur 30 hingga 50 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan," katanya.

Ujarnya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel Berkaitan: