BN Perak kemuka 39 calon baru, 7 digugur

Dari kiri; Abd Manaf, Dr Jurij, Tarmizi, dan Muhammad Amin.
Dari kiri; Abd Manaf, Dr Jurij, Tarmizi, dan Muhammad Amin.
A
A
A

IPOH - BN Perak menampilkan 39 muka baharu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selain itu, seramai tujuh penyandang DUN tidak dicalonkan semula, manakala selebihnya kekal dicalonkan di kawasan DUN masing-masing kecuali Bukit Chandan dan Pangkor.

Penyandang DUN Bukit Chandan, Datuk Maslin Sham Razman dinamakan sebagai calon Parlimen Kuala Kangsar, manakala penyandang DUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan bertanding di kerusi Parlimen Lumut.

Mereka yang digugurkan daripada senarai calon, penyandang DUN Kenering, Datuk Tarmizi Idris; Datuk Muhammad Amin Zakaria (Batu Kurau), Datuk Zainon Mat Nor (Chenderoh), Dr Jurij Jalaluddin (Lubuk Merbau), Muhamad Zuraimi Razali (Manong), Datuk Abdul Manaf Hashim (Pengkalan Baharu) dan Datuk Samsudin Abu Hassan (Ayer Kuning).

Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, kesemua mereka tidak disambung atas pelbagai faktor termasuk ada dalam kalangan mereka menarik diri.

"Ia bukan pengguguran (calon), sebahagian mereka itu tidak disambung semula. Ada beberapa faktor macam saya di Parlimen Lenggong ini, bekas ADUN Kenering sudah umumkan menarik diri.

"Bukan semestinya satu atau dua penggal (kekal jadi calon). Apabila kita fikir perlu letakkan calon baru gantinya maka kita akan letak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Calon PRU15 Barisan Nasional Negeri Perak di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, empat kerusi DUN iaitu Aulong, Buntong, Jelapang dan Sungkai tidak diumumkan.

Artikel Berkaitan:

Dari kiri; Samsudin, Zainun dan Zuraimi
Dari kiri; Samsudin, Zainun dan Zuraimi

Saarani berkata, kerusi DUN Aulong ditinggalkan Gerakan dan masih dalam perbincangan untuk diberikan kepada MIC atau Friends of BN.

"Tiga lagi kerusi MIC, DUN Buntong, Jelapang dan Sungkai, mereka belum menamakan lagi calon kepada saya.

"Kerusi ini akan saya umumkan nanti. Semestinya kita akan bertanding di semua kerusi," katanya.

Sementara itu, Saarani berkata, BN masih kekal meletakkan sasaran 40 kerusi DUN untuk dimenangi pada PRU kali ini.

Pada PRU kali ini di Perak, UMNO bertanding di 38 kerusi DUN diikuti MCA sebanyak 17 kerusi DUN, manakala kerusi MIC masih belum diputuskan.

Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada PRU14 lepas, BN menang di 27 kerusi DUN kesemuanya menerusi calon UMNO.

Kerusi DUN dimenangi BN adalah Pengkalan Hulu, Temengor, Kenering, Kota Tampan, Batu Kurau, Alor Pongsu, Selinsing, Kuala Sepetang, Changkat Jering, Trong, Chenderoh, Lubok Merbau, Lintang, Bukit Chandan, Manong.

BN turut menang di DUN Pengkalan Baharu, Belanja, Bota, Tualang Sekah, Ayer Kuning, Sungai Manik, Kampong Gajah, Pangkor, Rungkup, Hutan Melintang, Changkat Jong dan Slim.

Pada PRU15 ini, BN Perak menyasarkan sekurang-kurangnya menang di 40 kerusi DUN mengambil kira prestasi semasa dan sokongan pengundi.

Rekod PRU13 lalu menyaksikan BN menang di 31 kerusi DUN dengan 30 daripadanya menerusi wakil UMNO dan satu MCA.

Senarai calon BN Perak PRU15

P054 Gerik: Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (UMNO) calon baharu

N01 Pengkalan Hulu: Datuk Aznel Ibrahim (UMNO) penyandang

N02 Temengor: Salbiah Mohamed (UMNO) penyandang

P055 Lenggong: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (UMNO) penyandang

N03 Kenering: Rohaida Mohamad Yaakub (UMNO) calon baharu

N04 Kota Tampan: Datuk Seri Saarani Mohamad (UMNO) penyandang

P056 Larut: Mohd Shafiq Fhadly Mahmud (UMNO) ccalon baharu

N05 Selama: Faizul Rizal Zulkifli (UMNO) calon baharu

N06 Kubu Gajah: Osman Ahmad (UMNO) calon baharu

N07 Batu Kurau: Saliza Ahmad (UMNO) calon baharu

P057 Parit Buntar: Imran Mohd Yusof (UMNO) calon baharu

N08 Titi Serong: Shahrul Nizam Razali (UMNO) calon baharu

N09 Kuala Kurau: Jamil Jahaya (UMNO) calon baharu

P058 Bagan Serai: Zul Helmi Ghazali (UMNO) calon baharu

N10 Alor Pongsu: Datuk Sham Mat Sahat (UMNO) penyandang

N11 Gunong Semanggol: Nazirul Jamaluddin (UMNO) calon baharu

N12 Selinsing: Mohamad Noor Dawoo (UMNO) penyandang

P059 Bukit Gantang: Mohammad Sollehin Mohamad Tajie (UMNO) calon baharu

N13 Kuala Sepetang: Mohd Kamaruddin Abu Bakar (UMNO) penyandang

N14 Changkat Jering: Ahmad Saidi Mohamad Daud (UMNO) penyandang

N15 Trong: Jamilah Zakaria (UMNO) penyandang

P060 Taiping: Neow Choo Seong (MCA) calon baharu

N16 Kamunting: Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie (UMNO) calon baharu

N17 Pokok Assam: Ang Sui Eng (MCA) calon baharu

N18 Aulong: tidak diumum

P061 Padang Rengas: Datuk Mohd Ariff Abdul Majid (UMNO) calon baharu

N19 Chenderoh: Khairuddin Mohamed Azahari (UMNO) calon baharu

N20 Lubok Merbau: Mohamad Azir Ismail (UMNO) calon baharu

P062 Sungai Siput: Tan Sri SA Vigneswaran (MIC) calon baharu

N21 Lintang: Datuk Mohd Zolkafly Harun (UMNO) penyandang

N22 Jalong: Pan Chean Chang (MCA) calon baharu

P063 Tambun: Datuk Aminuddin Md Hanafiah (UMNO) calon baharu

N23 Manjoi: Datuk Azizul Kama Abd Aziz (UMNO) calon baharu

N24 Hulu Kinta: Datuk Mazlan Abdul Rahman (UMNO) calon baharu

P064 Ipoh Timor: Ng Kai Cheong (MCA) calon baharu

N25 Canning: Woo Kok Toong (MCA) calon baharu

N26 Tebing Tinggi: Khoo Boon Chuan (MCA) calon baharu

N27 Pasir Pinji: Soo Poh Yeow (MCA) calon baharu

P065 Ipoh Barat: Low Guo Nan (MCA) calon baharu

N28 Bercham: Ho Wai Mun (MCA) calon baharu

N29 Kepayang: Lim Huey Shan (MCA) calon baharu

N30 Buntong: tidak diumum

P066 Batu Gajah: Teoh Chin Chong (MCA) calon baharu

N31 Jelapang: tidak diumum

N32 Menglembu: Phoon Kai Mun (MCA) calon baharu

N33 Tronoh: Leong Chee Wai (MCA) calon baharu

P067 Kuala Kangsar: Datuk Maslin Sham Razman (UMNO) calon baharu

N34 Bukit Chandan: Azizul Rahim Abd Rahman (UMNO) calon baharu

N35 Manong: Mustafa Shah Abdul Hamid (UMNO) calon baharu

P068 Beruas: Ding Siew Chee (MCA) calon baharu

N36 Pengkalan Baharu: Azman Noh (UMNO) calon baharu

N37 Pantai Remis: Looi Tuan Gin (MCA) calon baharu

N38 Astaka: Chieng Lee Chong (MCA) calon baharu

P069 Parit: Datuk Mohd Nizar Zakaria (UMNO) penyandang

N39 Belanja: Khairudin Abu Hanipah (UMNO) penyandang

N40 Bota: Khairul Shahril Mohamed (UMNO) penyandang

P070 Kampar: Lee Chee Leong (MCA) calon baharu

N41 Malim Nawar: Chin Woon Kheong (MCA) calon baharu

N42 Keranji: Ng Wah Leng (MCA) calon baharu

N43 Tualang Sekah: Datuk Abd Rahman Md Som (UMNO) calon baharu

P071 Gopeng: Ting Zhao Song (MCA) calon baharu

N44 Sungai Rapat: Datuk Hang Tuah Din (UMNO) calon baharu

N45 Simpang Pulai: Lee Wai Yin (MCA) calon baharu

N46 Teja: Liew Yee Lin (MCA) calon baharu

P072 Tapah: Datuk Seri M Saravanan (MIC) penyandang

N47 Chenderiang: Choong Shin Heng (MCA) calon baharu

N48 Ayer Kuning: Ishsam Shahruddin (UMNO) calon baharu

P073 Pasir Salak: Khairul Azwan Harun (UMNO) calon baharu

N49 Sungai Manik: Datuk Ibrahim Katop (UMNO) calon baharu

N50 Kampong Gajah: Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (UMNO) penyandang

P074 Lumut: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (UMNO) calon baharu

N51 Pasir Panjang: Mohd Rafiq Mohd (UMNO) calon baharu

N52 Pangkor: Datuk Norzaman Man (UMNO) calon baharu

P075 Bagan Datuk: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) penyandang

N53 Rungkup: Datuk Shahrul Zaman Yahya (UMNO) penyandang

N54 Hutan Melintang: Datuk Khairuddin Tarmizi (UMNO) penyandang

P076 Teluk Intan: T Murugiah (MIC) calon baharu

N55 Pasir Bedamar: Kong Sun Chin (MCA) ccalon baharu

N56 Changkat Jong: Datuk Mohd Azhar Jamaluddin (UMNO) penyandang

P077 Tanjong Malim: Datuk Mah Hang Soon (MCA) calon baharu

N57 Sungkai: tidak diumum

N58 Slim: Mohd Zaidi Aziz (UMNO) penyandang

N59 Behrang: Salina Samsudin (UMNO) calon baharu