Vigneswaran pengerusikan mesyuarat tergempar MIC

Vigneswaran
Vigneswaran
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran tiba di Ibu pejabat parti itu di sini, pada jam 10.59 pagi bagi mempengerusikan mesyuarat tergempar berhubung keputusan sama ada menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mesyuarat itu turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri M Saravanan, Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) dan pengerusi MIC negeri.

Sinar Harian difahamkan, MIC tidak berpuas hati dengan jumlah peruntukan kerusi kepada parti, termasuk beberapa kerusi tradisi seperti Cameron Highlands tidak diberikan kepada mereka.

MIC dikatakan mengharapkan jumlah kerusi yang lebih susulan Parti Gerakan yang merupakan salah satu komponen parti telah keluar daripada BN dan masuk Perikatan Nasional (PN).

Susulan itu, pemimpin parti itu bertindak protes dan tidak hadir pada majlis pengumuman calon Parlimen BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada Selasa.

BN memperuntukkan 10 kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak dan satu DUN di Pahang untuk MIC pada PRU15 kali ini.

Artikel Berkaitan: