Kereta hilang di Negeri Sembilan jumpa di Pahang

Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes kecurian kereta di Jempol. Mangsa turut membuat hebahan mengenai kehilangan keretanya di media sosial. - Foto media sosial
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes kecurian kereta di Jempol. Mangsa turut membuat hebahan mengenai kehilangan keretanya di media sosial. - Foto media sosial
A
A
A

JEMPOL - Sebuah kereta jenis Proton Wira yang dilaporkan dicuri di Kampung Baru Ayer Hitam di sini pada Selasa berjaya ditemui semula di Mentakab, Pahang selepas polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan kes kecurian kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian jam lebih kurang 6 pagi itu disedari mangsa yang berusia 31 tahun ketika ingin ke tandas.

"Mangsa terdengar bunyi enjin kereta miliknya dihidupkan di garaj rumah bapa saudaranya sebelum melihat ia dilarikan individu tidak dikenali.

"Mangsa cuba untuk mengejar tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan di Balai Polis Ayer Hitam pada jam 9.18 pagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Chang Hook berkata, polis bertindak membuat hebahan sebelum seorang lelaki berusia 20 tahun berjaya ditangkap oleh anggota Balai Polis Mentakab, Pahang pada Selasa. Kenderaan dilarikan turut ditemui bersama suspek

"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan permohonan tahanan reman akan dipohon pada Rabu," katanya.

Artikel Berkaitan: