Shahidan tetap mahu tanding di Parlimen Arau

Shahidan - Foto Bernama.
Shahidan - Foto Bernama.
A
A
A

ARAU – Datuk Seri Shahidan Kassim tetap mahu bertanding di kerusi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun perlu menggunakan ‘tiket‘ parti lain.

Shahidan yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Arau berkata, beliau menerima banyak tawaran daripada parti-parti lain namun masih belum memuktamadkan platform parti politik bakal diwakilinya.

“Saya menerima banyak lamaran, semua parti ada. Warisan (Parti Warisan) ada, PN ada, sebab calon boleh menang tiba-tiba BN tolak, mereka berebutlah. Saya calon boleh menang, saya akan bertanding.

“Tiket apa itu nombor dua. Paling penting, saya tanya cawangan-cawangan akan bertanding atas tiket apa. Pada dasar mereka memilih parti yang menggerak ke arah muafakat nasional,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat Kubang Gajah di sini pada Selasa.

Pengumuman calon BN sebentar tadi menyaksikan Shahidan digugurkan sebagai calon kerusi Parlimen Arau dan digantikan dengan Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Menurut Shahidan, beliau masih belum mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti tersebut namun pihak berkenaan sudah maklum tentang apa yang berlaku terhadapnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak akan keluar daripada menjadi ahli UMNO walaupun mahu bertanding atas tiket parti lain pada PRU15 namun sudah sedia untuk dipecat susulan tindakannya itu.

Artikel Berkaitan: