Annuar, Shahidan dan Tajuddin sah digugurkan calon BN

Annuar - Foto Bernama
Annuar - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa sah digugurkan daripada senarai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Ketereh.

Kerusi itu akan diisi oleh Marzuani Ardila yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh.

Pada PRU14, Annuar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh dengan meraih majoriti 4,626 undi menewaskan calon Pas, Wan Ismail Wan Jusoh dan calon PKR, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Annuar memperoleh undian sebanyak 25,467, Pas (20,841) dan PKR (6,799).

Selain itu, penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan penyandang Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut tidak dicalonkan semula.

Artikel Berkaitan: