Hoki PSAS: Speedy Tigers tumbang di tangan Korea Selatan

Pemain Negara, Norsyafiq Sumantri (kiri) cuba merebut bola daripada pemain Korea Taelil Hwang (kanan) pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 di Stadium Azlan Shah pada Selasa.
Pemain Negara, Norsyafiq Sumantri (kiri) cuba merebut bola daripada pemain Korea Taelil Hwang (kanan) pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 di Stadium Azlan Shah pada Selasa.
A
A
A
HASRAT skuad Speedy Tigers untuk mengutip tiga mata pada perlawanan pembukaan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2022, gagal apabila tewas kepada Korea Selatan 0-3 di Stadium Sultan Azlan Shah di sini malam Selasa.

Kekalahan itu sekali gus gagal menebus dendam kekalahan di tangan Korea Selatan pada final Piala Asia 2022 Jun lepas di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta, Indonesia.

Penguasaan pasukan Korea Selatan membuatkan skuad kendalian Ketua Jurulatih A Arul Selvaraj terpaku seawal minit ke sembilan, apabila gawang negara dibolosi menerusi ayam tambatan mereka Jang Jonghyun hasil pukulan sudut penalti.

Bermula babak kedua, Kim Hyeonhong melengkapkan pukulan sudut penalti pasukannya pada minit ke-29 bagi menewaskan penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman.

Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga suku ketiga bersambung, yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun Korea Selatan tidak menunggu lama dan berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-32, menerusi Jang Jonghyun dan kedudukan kekal hingga tamat suku terakhir.

Sementara itu, Arul Selvaraj pada sidang medianya mengakui agak sedikit kecewa dengan tahap permainan anak buahnya pada malam ini (Selasa).



"Kita tewas pada malam ini sebab pukulan sudut penalti, ketiga-tiga gol Korea Selatan malam ini (Selasa) adalah berpunca daripada situ.

"Sebelum ini saya tidak pernah letakkan kesalahan kepada pemain, namun malam ini saya agak kecewa dengan penjaga gol kita, malam ini (Selasa) Hafizuddin perlu galas tanggungjawab itu,” katanya.

Beliau berkata, untuk perlawanan menentang Pakistan esok (Rabu), beliau tetap persiapkan pasukan dan mahu anak buahnya fokus untuk mendapatkan kemenangan pertama. - Bernama

Artikel Berkaitan: