Ketiadaan pemimpin MIC menguatkan spekulasi mereka boikot

Tiada pemimpin MIC didapati hadir dalam Dewan Tun Hussein Onn di WTCKL pada Selasa.
Tiada pemimpin MIC didapati hadir dalam Dewan Tun Hussein Onn di WTCKL pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemimpin parti komponen BN daripada MIC dilihat tidak hadir pada majlis pengumuman calon Parlimen BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tinjauan Sinar Harian dalam Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapati tiada pemimpin MIC hadir.

Sebelum ini, sebuah portal berita mendakwa pucuk pimpinan MIC telah memanggil mesyuarat tergempar Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) yang akan diadakan pagi Rabu untuk membincangkan kemungkinan menarik diri daripada PRU15 kali ini.

Mesyuarat tergempar dilapor akan diadakan pada jam 10 pagi di ibu pejabat parti Kuala Lumpur.

Sebelum ini, MIC dijangka bertanding 10 kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak dan satu DUN di Pahang pada PRU15 ini.

Artikel Berkaitan: