Jadi mangsa along gara-gara penghuni lama

Seorang mekanik buntu dan kecewa apabila menerima ugutan along berpunca daripada pemilik lama rumah yang kini didudukinya di Taman Johor Jaya di sini meminjam dengan peminjam wang tanpa lesen itu.
Seorang mekanik buntu dan kecewa apabila menerima ugutan along berpunca daripada pemilik lama rumah yang kini didudukinya di Taman Johor Jaya di sini meminjam dengan peminjam wang tanpa lesen itu.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Seorang mekanik buntu dan kecewa apabila menerima ugutan along berpunca daripada pemilik lama rumah yang kini didudukinya di Taman Johor Jaya di sini meminjam dengan peminjam wang tanpa lesen itu.

Samuel Goh Shan Nan, 31, mendakwa, pemilik lama rumahnya menggunakan alamat rumah tersebut ketika berurusan dengan along sehingga dia menerima akibatnya.

Menurutnya, sudah dua kali menerima ugutan along dengan terbaharu pada Ahad apabila pagar dirantai dan dimangga dari luar rumah sebelum ditinggalkan nota tertera nama, kad pengenalan dan akaun bank milik tuan rumah lama.

"Semasa kejadian kedua itu saya berada dalam rumah, saya hanya perasan pagar dirantai dan dimangga dari luar selepas mahu keluar bekerja pada jam 11 pagi.

"Dengan bantuan jiran yang gergaji mangga serta rantai dapat saya keluar rumah. Kali pertama dulu saya juga pernah menerima nota berwarna kuning meminta bayaran hutang atas nama pemilik rumah yang lama dijelaskan pada tahun 2018.

"Malah pada 2018 juga, rumah saya pernah dilempar serpihan kaca di halaman rumah. Saya sudah dua kali membuat laporan polis iaitu pada Februari 2018 dan sekali lagi kelmarin berhubung perkara ini," katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya di Taman Johor Jaya, di sini pada Selasa.

Shan Nan kini bimbang dengan keselamatan diri dan isterinya yang sedang hamil dua bulan.

Menurutnya, daripada nota yang ditinggalkan along itu, tuan rumah lama didapati meminjam wang dari along yang berbeza.
Artikel Berkaitan:


"Saya sudah beli rumah ini sejak 2016, dua tahun duduk di situ dapat nota pertama kali dari along. Selepas buat laporan polis dan menerangkan keadaan rumah ini bukan rumah peminjam kepada along, mereka senyap untuk tempoh empat tahun.

"Tetapi kelmarin, terjadi lagi kejadian sama. Saya sangat bimbang dengan keselamatan keluarga. Malah saya juga sudah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi memantau keselamatan," katanya.

Dia yang tidak pernah meminjam dengan along berharap, tuan rumah lama itu tidak lagi menggunakan alamat rumah tersebut dan keluarganya mahu hidup dengan tenang.