Pak cik, anak saudara ditahan seludup syabu

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa (dua, kiri) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media mengenai tangkapan dadah, senjata api dan dua suspek hari ini. - Foto Bernama
Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa (dua, kiri) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media mengenai tangkapan dadah, senjata api dan dua suspek hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA PERLIS - Seorang bapa saudara dan anak buah yang dipercayai merupakan warga Thailand ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah jenis syabu ke negara ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kedua-dua suspek lelaki berumur 32 dan 50 tahun yang menaiki bot kayu tanpa nombor pendaftaran ditahan pada kedudukan lebih kurang 14 batu nautika dari barat laut Kuala Perlis lebih kurang 8.00 malam Isnin.

"Hasil pemeriksaan, anggota penguat kuasa menemukan satu guni berwarna putih berisi 10 bungkusan teh Cina yang mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 10 kilogram dianggarkan bernilai RM500,000 dipercayai bagi kegunaan lebih 50,000 penagih.

"Selain itu turut dirampas sepucuk pistol model A3 automatik bersama satu kelopak berisi lima butir peluru hidup,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM520,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen1959/63. - Bernama
Artikel Berkaitan: