'Mesra Bonanza Lagi Onz' tawar hadiah bernilai RM500,000

Dari kiri: Ian Malcom Cruddas, Norazlan Subaha dan Cheok Yen Kwan ketika memyempurnakan gimik pelancaran 'Mesra Bonanza Lagi Onz' di Petronas Jalan Kolam Air Lama, Ampang di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN

A
A
A

KUALA LUMPUR - Petronas Dagangan Berhad (PDB) berkolaborasi dengan Visa melancarkan kempen eksklusif 'Mesra Bonanza Lagi Onz' yang menawarkan hadiah bernilai RM500,000 untuk dimenangi.

Kempen yang bermula 1 November hingga 31 Januari depan menawarkan 1,200 hadiah kepada pelanggan bertuah menerusi cabutan selain berpeluang membawa pulang Mercedes-Benz EQA dan baucar percutian bernilai RM15,000.

Pengurus Besar PDB (Retail dan Fuel), Norazlan Subaha berkata, kempen kali kelima Mesra Bonanza itu adalah untuk menghargai pelanggan setianya selama ini.

"Seramai 400 pemenang bulanan juga akan menerima hadiah berupa sebuah motosikal Honda, IPhone 14, baucar isian petrol, Setel dan baucar membeli belah di Kedai Mesra," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Mesra Bonanza Lagi Onz di Petronas Jalan Kolam Air Lama, di sini pada Selasa.

Dari kiri: Ian Malcom Cruddas,Cheok Yen Kwan,Norazlan Subaha ketika Majlis Pelancaran 'Mesra Bonanza Lagi Onz' di Petronas Jalan Kolam Air Lama, di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN
Dari kiri: Ian Malcom Cruddas,Cheok Yen Kwan,Norazlan Subaha ketika Majlis Pelancaran 'Mesra Bonanza Lagi Onz' di Petronas Jalan Kolam Air Lama, di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian RAFEQ REDZUAN

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Mesra Retail & Kafe Sdn Bhd, Ian Malcom Cruddas dan Pengurus Besar Pemasaran Strategi dan Komunikasi, Cheok Yen Kwan.

Norazlan berkata, untuk menyertai Bonanza Lagi Onz, pelanggan hanya perlu mengisi petrol minimum RM40 atau berbelanja sekurang-kurangnya RM10 dalam satu resit di mana-mana Kedai Mesra.

Artikel Berkaitan:

"Untuk memenangi hadiah utama pula, pelanggan perlu berbelanja RM700 dalam masa tiga bulan bagi melayakkan mereka menyertainya.

"Pelanggan yang menggunakan aplikasi Setel boleh menghantar dua penyertaan manakala yang menggunakan kad debit atau kredit Visa menerusi 'CardTerus' boleh menghantar empat penyertaan dalam satu resit," kata beliau.

Maklumat berkenaan 'Mesra Bonanza Lagi Onz' boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.mymesra.com.my.