Bilionair lepaskan kerakyatan Rusia kerana perang Ukraine

Oleg Tinkov - Foto AFP
Oleg Tinkov - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Seorang bilionair, Oleg Tinkov pada Isnin menyatakan bahawa beliau melepaskan kerakyatan Rusianya kerana perang di Ukraine.

"Saya tidak boleh dan tidak akan dikaitkan dengan negara fasis (Rusia) yang memulakan perang dengan jiran amannya dan membunuh orang yang tidak bersalah pada setiap hari.

"Saya berharap lebih ramai ahli perniagaan Rusia yang terkemuka akan mengikuti saya. Jadi, ia akan melemahkan rejim Putin (Presiden Rusia, Vladimir Putin) dan ekonominya sekali gus menyebabkan beliau kalah," tulisnya di Instagram.

Beliau berkongsi gambar sijil yang mengesahkan kewarganegaraan Rusianya telah berakhir.

"Saya benci Rusia milik Putin tetapi sayangnya semua orang Rusia jelas menentang perang gila ini!" jelas Tinkov.

Bilionair itu ialah pengasas Bank Tinkoff dalam talian.

Bank itu merupakan sebuah institusi perbankan yang pemberi pinjaman terbesar di Rusia dan mempunyai kira-kira 20 juta pelanggan.

Tinkov telah mengkritik sekeras-kerasnya serangan Rusia di Ukraine menyifatkan ia sebagai perang gila ketika beliau menyeru negara-negara Barat untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai di negara jirannya itu.

Beliau sebelum ini ditangkap di London pada tahun 2020 atas tuduhan mengelak cukai di Amerika Syarikat.

Tinkov kemudian dibebaskan dengan ikat jamin dan dirawat kerana leukemia di London. - Agensi