Osman bakal jelas tindakan letak jawatan

Osman
A
A

JOHOR BAHRU - Datuk Osman Sapian akan menjelaskan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada Sabtu ini.

Beliau berkata penjelasan itu akan dibuat selepas beliau menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Bagaimanapun, Osman tidak menerangkan lebih lanjut bagaimana penjelasan itu dilakukan sama ada menerusi sidang media atau kenyataan akhbar.

“Insya-ALLAH, 13hb nanti (buat penjelasan), lepas menghadap DYMM (Sultan Johor),” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau diminta menjelaskan adakah keputusan untuk meletak jawatan itu dibuat demi menjaga imej Kerajaan PH Johor sedia ada atau sebaliknya.

Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan tempat Osman akan digantikan dengan orang baharu berikutan terpalit pelbagai kontroversi sewaktu mentadbir kerajaan negeri.

Bagaimanapun, hanya semalam khabar angin itu disahkan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatan Osman bermula Isnin.

Osman, 67, merupakan Menteri Besar Johor yang ke-16 dan dipercayai menteri besar Johor paling singkat berkhidmat tidak sampai 11 bulan selepas mengangkat sumpah pada 12 Mei tahun lepas setelah kemenangan PH pada PRU14. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia