'Calling centre' judi dalam talian diserbu

Antara barang kes yang dirampas pasukan serbuan. - Foto PDRM
Antara barang kes yang dirampas pasukan serbuan. - Foto PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah unit kondominium yang disyaki dijadikan pusat panggilan perjudian dalam talian di Jalan Metro Perdana, Kepong di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, premis berkenaan dipercayai dijadikan pusat panggilan oleh sindiket perjudian berkenaan sejak sebulan lalu.

"Polis berjaya menangkap dua orang lelaki tempatan berusia 28 dan 30 tahun yang terlibat dalam penganjuran aktiviti perjudian dalam talian (calling centre).

"Hasil siasatan awal mendapati premis ini dipercayai telah beroperasi sejak sebulan yang lepas dan kegiatan ini berselindung di sebalik sebuah rumah pangsapuri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beh Eng Lai
Beh Eng Lai

Eng Lai berkata, premis berkenaan disewa oleh pihak sindiket dengan kadar bayaran RM1,500 sebulan.

Katanya, turut dirampas adalah empat buah komputer, empat telefon bimbit pelbagai jenama, modem, kunci, kad akses dan 10 kad prabayar talian telefon.

"Kedua-dua suspek direman tiga hari bermula Isnin hingga Rabu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel Berkaitan:

"Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat di dalam sebarang aktiviti yang kurang sihat ataupun aktiviti perjudian online," ujar beliau.