Malaysian Tigers selesa merendah diri

Skuad hoki negara akan membuka tirai kejohanan hoki PSAS di Ipoh menentang Korea Selatan, pada Selasa. - Foto Facebook MHC
Skuad hoki negara akan membuka tirai kejohanan hoki PSAS di Ipoh menentang Korea Selatan, pada Selasa. - Foto Facebook MHC
A
A
A

BIARPUN tanpa gergasi hoki dunia, skuad negara enggan memandang sebelah mata setiap lawan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Ipoh yang bermula pada Selasa.

Sebaliknya pengurus pasukan, Datuk Mirnawan Nawawi menyifatkan Korea Selatan, Jepun dan Pakistan sebagai lawan yang mampu memberi tentangan sengit kepada Malaysian Tigers.

Beliau berkata, tanpa penampilan India, Australia dan New Zealand bukan tiket mudah buat Malaysia untuk merangkul kejuaraan pertama kejohanan tersebut yang memasuki edisi ke-29 tahun ini.

Ketiadaan pasukan-pasukan gergasi itu sebenarnya membuka peluang kepada pasukan lain untuk merangkul gelaran kali ini.

“Saya jangka persaingan kali ini tetap sengit dan menarik. Justeru pemain Malaysia perlu berusaha mencapai kejayaan dalam setiap perlawanan untuk merebut dua tempat teratas yang akan mara ke final,” katanya.

Justeru Mirnawan mahu para pemain memulakan kejohanan itu dengan keputusan positif apabila dijadualkan menentang Korea Selatan dalam aksi pertama pada Selasa.

“Kita mahu membuat permulaan dengan langkah kanan bagi meletakkan pasukan di atas landasan betul untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

“Malaysia tidak boleh kalah perlawanan pembukaan ini. Ia penting bagi menyemarak moral pasukan pemain sepanjang kejohanan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Skuad Pakistan akan menjadi lawan Malaysia pada aksi kedua pada Rabu dan disusuli perlawanan menentang Afrika Selatan pada 4 November.

Tanggal 5 November, skuad Malaysian Tigers yang dibimbing Arul Selvaraj akan membuat perhitungan dengan Egypt dan penutup tirai dijadualkan menentang Jepun pada 7 November dengan kesemua perlawanan bermula jam 8 malam.