Dua tokan dadah ditahan

Mohd Yusri (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas daripada suspek di Tapah dan Teluk Intan.
Mohd Yusri (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas daripada suspek di Tapah dan Teluk Intan.
A
A
A

IPOH - Dua rakan karib yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan dalam dua serbuan di Bidor dan Teluk Intan, Sabtu lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 22 dan 37 tahun itu ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan pertama dilakukan terhadap seorang pengganggur yang berada dalam keadaan mencurigakan di tepi Jalan di Bidor sekitar jam 9.15 malam.

Menurutnya, dadah seberat 4.6 kilogram (kg) bernilai RM161,542.50 dirampas dalam sebuah beg.

"Hasil pemeriksaan lanjut menemukan 17 peket dadah disyaki jenis methamphetamine seberat 14 gram dan 10 bungkus heroin seberat 4.575.5 gram.

"Penahanan suspek berusia 22 tahun itu membawa kepada tangkapan kedua yang merupakan seorang pemandu lori di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan pada jam 10.15 malam," katanya dalam sidang akhbar di IPK Perak di sini pada Isnin.

Mohd Yusri berkata, hasil ujian saringan awal air kencing dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methampetamine.

"Kedua-dua mereka yang mempunyai rekod kesalahan lampau dipercayai aktif mengedar di kawasan Tapah, Bidor dan Teluk Intan sejak 10 bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988 dengan menyita sebuah kereta bernilai RM15,000," katanya.

Jelas beliau, kedua-dua suspek direman selama seminggu sehingga Sabtu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.