Pearly-Thinaah bikin Malaysia bangga: Chong Wei

Pearly Tan-M Thinaah juara acara beregu wanita Terbuka Perancis. - Foto Agensi
Pearly Tan-M Thinaah juara acara beregu wanita Terbuka Perancis. - Foto Agensi
A
A
A

LEGENDA badminton negara Datuk Lee Chong Wei, menyifatkan kejayaan gandingan, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sejarah apabila muncul beregu wanita pertama negara menjuarai saingan Terbuka Perancis di Paris, sebagai sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia.

"Tahniah kepada puteri negara, Pearly Tan dan M Thinaah. Kamu membanggakan kami. (Sesungguhnya) bangga sungguh (dengan pencapaian ini).

"Pearly dengan kehebatan (gaya permainan) menyerang dan Thinaah dengan pukulan pertahanan dan pukulan jaring lintang gelanggang.

"Kedua-dua puteri ini benar-benar telah membanggakan kami dengan menjadi juara beregu wanita Terbuka Perancis pertama," ujar Chong Wei yang pernah mencipta magis pada edisi 2015 di Paris sebelum ini.

Kejayaan Pearly-Thinaah, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu, hadir selepas pasangan ranking ke-11 dunia itu mengejutkan juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun, 21-19, 18-21, 21-15 pada aksi final di Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Sementara itu Chong Wei secara peribadi menyifatkan: "Saya fikir mereka boleh pergi jauh, lebih jauh daripada kebanyakan.

"Teruskan merendah diri dan berlatih bersungguh-sungguh, langit adalah batasnya.

"Kedua-dua mereka adalah pemain yang merendah diri sentiasa mendapatkan nasihat daripada senior seperti saya.

Artikel Berkaitan:

"Jadi saya sangat gembira mereka berjaya mencapai kejayaan ini terutamanya mereka bertarung dengan pasangan terbaik Indonesia, Korea Selatan dan Jepun untuk merebut gelaran."