Lelaki maut ketika mendaki Gunung Pulai

Mangsa berusia 55 tahun meninggal dunia ketika mendaki Gunung Pulai di Kampung Sri Gunung Pulai pada Ahad.
Mangsa berusia 55 tahun meninggal dunia ketika mendaki Gunung Pulai di Kampung Sri Gunung Pulai pada Ahad.
A
A
A

KULAI - Seorang lelaki pengsan sebelum meninggal dunia ketika mendaki Gunung Pulai di Kampung Sri Gunung Pulai di sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairil Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.49 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mangsa dikenali Tee Kok Soon, 55, dipercayai mendaki secara berkumpulan ke puncak Gunung Pulai, namun ketika lebih kurang 300 meter pendakian, lelaki itu pengsan.

"Pihak bomba membantu membawa turun mangsa ke kaki gunung dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Khairil berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow dalam satu kenyataan ringkas mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian.

Artikel Berkaitan: