Pas: Rakyat sukar terima calon bebas

Nik Muhammad Zawawi (tengah) mengagihkan nanas percuma kepada penerima semasa program promosi makan buah nanas segar dan agihan ayam nanas LPNM Kelantan di Pasir Puteh pada Sabtu.
Nik Muhammad Zawawi (tengah) mengagihkan nanas percuma kepada penerima semasa program promosi makan buah nanas segar dan agihan ayam nanas LPNM Kelantan di Pasir Puteh pada Sabtu.
A
A
A

PASIR PUTEH - Pas menyifatkan rakyat sukar untuk menerima mana-mana individu yang bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, hal ini kerana calon bebas tidak dilihat akan ke mana-mana tanpa sokongan jentera sebagaimana diperoleh mereka yang bertanding atas tiket parti.

"Sebagai ahli Parlimen saya tahu calon Bebas tidak mampu bergerak sebagaimana mereka yang bertanding atas parti.

"Bagi saya ia mustahil tidak ada jentera, tiada apa-apa jadi sukar untuk calon Bebas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRU15 ini.

Sebelum itu, Dr Nik Muhammad Zawawi yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II merasmikan program promosi makan buah nanas segar dan agihan ayam nanas Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Kelantan pada Sabtu.

Beliau yang juga penyandang Parlimen Pasir Puteh berkata, Pas tidak tercabar dengan tindakan Mohd Khairuddin yang akan bertanding sebagai calon Bebas.

Menurutnya, Kuala Nerus adalah kerusi Pas dan yakin kemenangan akan menyebelahi parti tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ujar Nik Muhammad Zawawi, tindakan tersebut juga tidak memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada Pas

"Malah kami lihat sokongan kepada Pas lebih dari dulu. Bila kita bentuk kerajaan campuran melibatkan Pas, UMNO dan Bersatu," jelas beliau.