Kes pukul: Polis rakam keterangan tiga individu

Laporan Sinar Harian pada Jumaat. (Noor Dellhan)
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. (Noor Dellhan)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan tiga individu bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang lelaki parah dipercayai akibat dibelasah di Flat San Peng Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah merakam keterangan tiga individu termasuk dua pengawal peribadi kepada pengarah sebuah syarikat swasta.

"Kita telah merakam keterangan dua pengawal peribadi itu semalam, setakat ini tiga individu telah dirakam percakapan.

"Kita juga dalam proses merakam keterangan pegawai perubatan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Noor Dellhan berkata, punca kejadian adalah perselisihan faham berkaitan lalu lintas.

Pada Jumaat, polis mengesan satu video tular berdurasi 48 saat yang menunjukkan seorang individu cedera di kepala dan muka.

Siasatan awal dilakukan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 malam membabitkan sekumpulan individu tempatan di flat berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: