Pilih Ahmad Shabery tawan semula Kemaman

Ahmad Shabery, Syaiful Irfan
Ahmad Shabery, Syaiful Irfan
A
A
A

KEMAMAN - Barisan Nasional (BN) diyakini mampu menawan semula kerusi Parlimen Kemaman sekiranya mencalonkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Syaiful Irfan Anang berkata, pengundi di kawasan tersebut mungkin lebih bersedia untuk kembali kepada BN jika Ahmad Shabery dipilih.

"Beliau dianggap tokoh yang berpengalaman luas dan mempunyai pelbagai agenda.

"Perancangan baik oleh BN dapat diteruskan semula sekiranya rakyat memilih calon yang tepat seperti beliau sekaligus diyakini menebus semula kekalahan BN ketika PRU14," katanya.

Beliau berkata, banyak jasa dan sumbangan telah dilakukan Ahmad Shabery terutama ketika memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

"Antaranya mengembalikan semula rancangan untuk melestarikan bandar Kemaman sebagai sebuah bandar rakyat berpendapatan tinggi dengan kemajuan ekonomi melalui pelbagai industri.

"Banyak insentif, kemudahan dan infrastruktur kepada golongan nelayan telah dibuat.

"Hospital baharu yang bakal siap dibina pada tahun hadapan adalah bukti cetusan idea dan sumbangan bakti kepada masyarakat Kemaman. Ini hanya sebahagian kecil khidmat bakti beliau ketika menjadi wakil rakyat di sini," katanya.

Artikel Berkaitan: